PROJEK PKINK PEMANGKIN EKONOMI SETEMPAT

JELI 22 Mac – Sesuai dengan permintaan rumah yang tinggi di Kelantan Selatan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya, Binaraya PKINK Sdn Bhd mengambil inisiatif dengan memajukan tanah di bandar Jeli yang berkeluasan 20.86 ekar.

Projek Taman Kifayah Jeli yang bermula sejak 2007, sebanyak 4 fasa berjaya dimajukan Binaraya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, projek ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat di sekelilingnya dan merancakkan lagi pertumbuhan dan pembangunan bandar Jeli.

Zawawi berkata, PKINK berkeyakinan bahawa projek ini akan mendatangkan banyak manfaat kepada masyarakat dan penduduk di Jajahan Jeli kerana ia dijangka dapat memenuhi permintaan dan keperluan rakyat Jajahan ini terhadap kediaman yang lengkap dan selesa khususnya bagi golongan berpendapatan sederhana dan ke atas.

“Bagi projek Taman Kifayah Fasa 4 ini, ianya melibatkan siapnya pembinaan 72 unit rumah teres 2 tingkat dengan harga jualan bermula RM290,000.

“Insha Allah, baki tanah yang masih ada akan terus dimajukan dengan Projek Fasa 5 pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, ketika berucap di Majlis Penyerahan Kunci Rumah 72 unit Rumah Teres 2 Tingkat Taman Kifayah Binaraya PKINK Jeli di sini semalam.

Majlis penyerahan kunci rumah telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Dato’ Abdul Fattah Mahmood dan Pengerusi Binaraya PKINK Sdn Bhd, Abd Rahman Yunus.

Tambah beliau, lokasi yang begitu strategik turut menjadi faktor utama permintaan terhadap projek perumahan ini.

“Kedudukannya berhampiran dengan pusat pentadbiran, sekolah, masjid dan kemudahan infrastruktur yang lain telah melonjakkan permintaan perumahan ini,” katanya.

Compare listings

Compare