Bangunan BINARAYA di atas Lot 747, Jalan Abdul Kadir Adabi, Berek 12, Kota Bharu telah disempurnakan perasmiannya oleh Y.B. Dato Haji Ahmad bin Yakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 29 Zulkaedah 1428H bersamaan 9 Disember 2007
BINARAYA terus mengorak langkah dan memacukan usahanya sebagai peneraju utama Pemaju Hartanah yang terulung di negeri Kelantan di pejabat yang baru mulai Disember 2005
Bermula Februari 1993, BINARAYA menjayakan aspirasinya di bangunan milik sendiri dikenali Bangunan BINARAYA
Dengan semangat baru, BINARAYA berpindah operasinya di tingkat 2 Bangunan PKINK pada Januari 1990
Demi berbumbung di bawah kumpulan PKB, BINARAYA meneruskan operasinya di tingkat 4 bangunan ini di Jalan Padang Garong, Kota Bharu (dulunya Bangunan PKB) pada April 1988
Sebagai langkah berdikari dan demi keselesaan, BINARAYA berpindah ke Lot 4374-F, Bangunan Yusmah, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu pada Januari 1983
Operasi BINARAYA bermula di pejabat yang sederhana di tingkat 2 bangunan ini di Jalan Maju, Kota Bharu (dulunya Wisma Iktisad) semenjak penubuhannya pada 22 Jun 1981