Taklimat Skim KWSP, Pembaharuan Pencen & Perancangan Kewangan
Satu sesi Taklimat Awam 2017: Skim KWSP, Pembaharuan Pencen & Perancangan Kewangan telah disampaikan oleh Puan Norfitriah binti Badrudin, Pegawai Khidmat Persaraan & Kewangan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Negeri Kelantan. Sesi taklimat yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lembaga, Kumpulan Binaraya telah dihadiri oleh kumpulan pengurusan & semua kakitangan Kumpulan Binaraya. Kumpulan Binaraya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak KWSP Negeri Kelantan kerana sudi memberi penerangan yang jelas kepada kakitangan Kumpulan Binaraya. Semoga ilmu dan maklumat yang diperolehi daripada sesi taklimat ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam merancang kewangan & persaraan pada masa hadapan.