SEMBAH TAHNIAH DI ATAS PERTABALAN YANG DI PERTUAN AGONG XV

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Patik merafak sembah setinggi-tinggi tahniah atas pertabalan KDYMM Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XV.

 

Patik dan seluruh warga Kumpulan PKINK berasa sangat bersyukur dengan pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menaungi Malaysia dengan penuh adil serta saksama di bawah panduan syariat Islam.

 

Patik dan seluruh warga Kumpulan PKINK juga sentiasa mendoakan Seri Paduka agar sentiasa diberi inayah dan kekuatan dalam menaungi rakyat Malaysia di bawah wadah kesatuan demi untuk membina Malaysia harmoni, sejahtera dan di bawah naungan keredaan Allah SWT, selain berdoa agar Seri Paduka juga sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah untuk memerintah dengan penuh kesempurnaan, menaungi seluruh rakyat dengan keadilan dan menobatkan syariat Islam di negara tercinta ini.

 

Allahu Akbar.

 

Dato’ Dr. Haji Wan Zawawi bin Wan Ismail
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK
27 Rejab 1438H / 24 April 2017

Compare listings

Compare