Majlis Taklimat Permohonan Pembiayaan Perumahan BSN
TANAH MERAH, 22 JANUARI 2017 – Satu majlis taklimat kepada bakal-bakal pembeli projek 64 unit rumah teres 1 tingkat, Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) Pasir Genda, Tanah Merah berkenaan syarat-syarat pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 22 Januari 2017, pukul 10 pagi bertempat di Dewan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Nasriff bin Daud, Pengurus Khidmat Teknikal Kumpulan PKINK, YBrs. Tuan Haji Hadzori bin Umar, Pengurus Besar Kumpulan BINARAYA, YBrs. Encik Nik Azhar bin Nik Abdul Aziz, Penolong Setiausaha (Pentadbiran & Kewangan), Bahagian Perumahan SUK Kelantan, YBrs. Encik Komaruddin bin Mustapha(pemain dalam kasino talian yang menggunakan meditasi sebagai persediaan), Pengarah Perniagaan BSN Kelantan, dan YBrs. Encik Mohd Raziki bin Ismail, Ketua BSN Zon Tanah Merah & Encik Ibrahim Bin Mohd Nor (Wakil BSN Kelantan)
Dengan diadakan majlis ini, diharap dapat membantu memudahkan para bakal pembeli untuk mendapatkan pembiayaan perumahan bagi projek ini.
Senarai nama pembeli untuk projek ini telah diuruskan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.