Majlis Perasmian Ekspo Jubli Emas PKINK@50

Majlis Perasmian Ekspo Jubli Emas PKINK@50 pada 29 September 2016 (Khamis) bertempat di Ruang Tengah AEON Mall Kota Bharu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Hanifa bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat merangkap Ahli Lembaga Pengarah PKINK mewakili YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.

Majlis perasmian ini telah dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Kumpulan Pengurusan PKINK, Pengurus-Pengurus Besar Syarikat Anak PKINK, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan NegeriĀ  dan Persekutuan, serta kakitangan Kumpulan PKINK.

Alunan Asma Ul HusnaMajlis dimulai dengan alunan Asma Ul Husna dan nyanyian lagu Negaraku dan PKINK.

ucapan TKE

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Mohd Asri bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Perancangan & Pembangunan) mewakili Dr Haji Wan Zawawi bin Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Ucapan perasmian

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Hanifa bin Ahmad mewakili YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob.

20160929_154823

YB Dato’ Haji Hanifa bin Ahmad telah dibawa melawat sekitar tapak pameran Ekspo Jubli Emas PKINK@50.

20160929_154842

 

Compare listings

Compare